Tuesday, November 30, 2010

Pangeran Hujan



Oiii Pangeran Hujan! Awak ingat saya ni terhegeh-hegeh tunggu
awak ker? Banyak lagi kerja saya nak buat daripada layan
putera raja yang tak sedar diri macam awak! opppss! silap!
saya yang tak sedar diri sebab dulu selalu terhegeh-hegeh mintak
sedekah dengan awak kan? huishh! saya menyesal buat benda 
bodoh tu dulu.Otak sempit,fikiran singkat,Sebab tu jadi lagetu!
Aishhh! memang bapak laa punya menyesal nak habaq mai nih!
Kalau saya tahu jadi lagetu  memang sohih2 laa saya tak pi
mintak sedekah kat pengeran yang kacak jelita,hensem rupawan!
cisss! memang pantang keturunan saya buat muka tebal legetu!
tapi disebabkan keadaan sedang darurat! memang terpaksa lah
saya pi kat pangeran yang memang suka sengih memanjang nih!
Hehh pangeran putera raja yang xdak nama!Saya nak habaq mai
kat dema ni,Saya sikit pun tak teringin nak pi minang pangeran!
Xdak selera saya nak makan nasi bila pikiaq hal legetu!
saya nak nak habaq sikit kat pangeran! saya ni kan,xterdesak sangat
ehh nak kat pangeran yang tampan manis-manis kucing gitu.
saya tahu diri saya xpadan dengan pangeran. ibarat kata orang-
orang dulu,macam budu dengan sos cili.ishhh. mintak selisih laa
untuk pengetahun pangeran bujang terlanjak xdapat diundur,
sememangnya saya ni dah nak jadi bini orang,biarlah
bakal laki saya tu orang susah pun,Tapi saya nak habaq mai cikit.
bagi saya dialah pangerang hujan dan jantung hati  saya.
dan budi bahasanya jauh lebih kaya dari harta-harta awak tu
pangeran yang xsedar diri! perangainya yang sopan lagi santun
2 lagi kacak dan hensem dari rupa hang tu wahai si pangeran!
n 4 ur infrmation~ "aq bukan gadis yang lemah yang macam kau sangka!"

Monday, November 29, 2010

Rindu Payung Hujan Yang Turun

Turunlah hujan,turunlah kamu.Jangan turun perlahan kerana aku 
memang sedang kekeringan sekarang.
Turunlah hujan,turunlah lagi.Basahkan lah aku yang memang sedang kehausan.
Turunlah sayang,turunlah mengalir lagi.
Cuba melompat dengan lebih tinggi wahai kaki.
Cuba kau capai payung nan satu yang ditiup angin.
Payung kelam,jauh daripada pandangan.
Mata susah nak pejam,dititiskan si air hujan.
Di sebuah padang yang gersang,aku mencari kembali sepatu hitam yang hilang.
Jatuh dalam lecah air,kemudian ghaib terus dan tak kelihatan.
Bersama payung tersayang,yang aku bawa kemana sahaja aku pergi.
Bersama-sama sepatu hitam buruk dan sang payung.
Mereka tinggalkan aku.
Dalam kesamaram petang yang suram,aku mengesat titis air hujan yang mengalir di pipi.
Cuba melangkah sedaya yang aku mampu.
Cuba tersenyum tatkala memandang si rumput mengejek,
Sang langit mencebik,
Dan awan yang sedang ketawa mengekek!
Hilang sudah diriku yang dulu.
Yang masih belum mampu mengesat titisan hujan,
Yang masih belum mampu redahi lebat hujan,
Yang masih belum mampu membasahkan diri dengan kenyataan!
Hilang!
 

Cerita tentang Along dan Angah

Aku dilahirkan tanpa seorang abang tempat untuk mengadu,bertekak,bergaduh dan bla bla bla..
Hidup sendirian tanpa 'tangan' gagah yg bisa melindungi aku mugkin agak sukar.Ya! terlalu sukar!
Sedangkan sekarang mengharapkan 'tangan' yang hampir rapuh.Alhamdulilah..
Tuhan itu maha mengerti lagi maha memahami.Disaat diri aku terkontang-kanting hidup tanpa arah 
untuk melangkah.Aku dikurniakan 'tangan' hebat lagi gagah yang aku agak mungkin sampai bila-bila
tak akan siapa dapat menggantikan 'tangan-tangan' itu.
Aku diberikan hadiah,bukan satu,tapi dua!
Dua orang abang! Yang aku gelarkan.
Along dan Angah!
Bermulanya cerita antara aku adik beradik xsiapa dapat menduga.
Dari Allah jadikan jalan pertemuan yang maha hebat.
Aku akhirnya bergelar adik kepada dua orang abang!
Hidup berpayungkan mereka.Hidup berdindingkan semangat mereka.
Hidup berteduhkan kata-kata nasihat dari mereka.
ya! Memang Allah tak salah memlilih 'tangan' untuk aku.
Along dan Angah selalu saja bisa menghulurkan tangan disaat adik mereka jatuh
dalam lopak air.Rebah dalam lumpur yang dalam.
Dan lemas dalam lautan yang kering airnya.
alhamdulilah.Sampai kehari ini,
Aku,Along dan Angah masih lagi bersama.
Masih ingat pesan along satu ketika dahulu,
Dalam asyik berlari-lari di tanah yang gersang.Aku jatuh dalm lopak yang dalam.
disaat aku tersungkur dalam lecek air dipadang,
dia menghulurkan 'tangan' kanan..seraya berkata.
'' adik abang bukannya lemah kan? ''
 ( 11.00pm 31 september 2010 )
dalam kepayahan aku tersenyum!. ya! adik abang semestinya bukan gadis yang lemah.
Yang hanya tahu merengek tatkala susah,
Yang hanya tahu mengatur itu dan ini.
bukan! adik along bukannya lemah! tepat sekali! bukan lemah!!
Sedang aku  berjalan-jalan dengan memakai sepatu hitam,
berbaju biru dan tersenyum manis.
Aku sekali lagi jatuh.Kali ini sebab aku xgunakan mata aku dengan betul.
Jalan yang sopek,aku lalui jua.
lutut pedih,Dalam hati kuat terhiris.
Aku menangis,tak daya menahan pedihnya kesakitkan ini.
Aku lihat lutut aku,ada cairan likat berwarna merah segar bahagia menumpang disitu.
Aku cuba sentuh! ya! terlalu sakit.Cairan likat itu bagaikan suka pada luka aku.
Aku cuba sembunyikan luka disebalik kain putih yang aku pakai.
Namun tidak berjaya.Merah merebak hingga meresap ke kain yang tak bersalah itu.
Aku biarkan sahaja.Aku cuba untuk bangun.Tapi tak berdaya.
Kaki dah tak daya berjalan lagi.Hati sakit pedih terhiris.
Sedang berusaha untuk bangun,ada 'tangan' yang ingin membantu.
aku cuba menepis.Tapi 'tangan' itu massih lagi degil.
Dia tetap meghulurkan pada aku tanda pertolongan.
Aku pandang 'tangan' itu.Dan aku pandang tuan empunya 'tangan' itu.
Angah!
Angah datang membantu adiknya?
sambil menyambut 'tangan' nya aku dengar dia bersuara lembut.
namun amat jelas dipendengaran telingaku.
" Nin senyum kerana puas hati,
Nin suka apabila disayangi,
Nin gelak apabila ia lucu,
Nin ketawa kerana adakalanya kita fikir diri kita pernah melakukan 
perkara bodoh! Diri kita dalam lingkungan yang sama Nin!
Cuma beza dari segi ejaan! "
( 7 ogos 2010 )
Angah tersenyum.Aku terpana.
Sungguh tak percaya! Aku dikurniakan dua orang abang yang menyayangi diriku.
Hidup menjadi seorang adik memang menguntungkan!
disayangi xkira aku berada dalam pelbagai musim pun!
ya! Siapa sangka,mereka mugkin 'payung' ketiga aku yang aku sangka dah hilang itu?
siapa tahu kan?
Sekarang,dengan berbekalkan semangat Along dan Angah.
Aku semakin kuat,walaupun kadang-kadang aku selalu terjatuh dan rebah dalam 
gaung yang maha tajam,Aku masih bisa hidup dengan berbekalkan
kata-kata nasihat dan dorongan Along dan Angah.
Biarpun luka dan parut masih ada di batang tubuhku,
Aku masih bisa tersenyum,
Masih mampu bergelak ketawa,Dan masih mampu mengukir sejuta air mata kebahagian.
Tanpa meraka,Tiadalah aku yang kuat sekarang!
Payung dan hujan?
Ya...semuannya bermula dari Along dan Angah sendiri!
Terima kasih abang-abangku.
Adik sayang abang semua!

Sunday, November 28, 2010

Si 'Payung Hati' Aku

Tak kira apa yang pernah berlaku dalam hidup aku,sama ada musim panas ataupun musim hujan.Aku masih ada 'Payung-Payung' yang sudi melindungi aku!MyEm0.Com Ya! 'Payung' yang sudi memayungi aku tak kira tsunami melanda sekalipun'Mereka-mereka' sentiasa bersama dengan aku walaupun hujan MyEm0.Com
ribut panas petir melanda aku sekalipun.
MyEm0.Com'Payung" terpenting dalam hidup aku.
'Payung' ini.'Payung dimana pelbagai musim.
Dia tetap ada walaupun pelbagai musim yang melanda.
Hidup tanpa 'Payung' yang satu ini memungkinkan aku basah kuyup,
kerana hujan yang turun tak pernah mahu berhenti menitis.
Tanpa 'Payung' yang satu ini, aku mungkin masih belum
mampu berani memijak lecah air hujan yang ada di padang.

'Payung' kedua terpenting dalam hidup aku.MyEm0.Com

Cik Puteri Farah Ismanabilla
maaf yew fara!MyEm0.Com terpaksa menyemakkan pic awk lam blog ni~



MyEm0.Combudak comel ni plak name glamor dier si jiey owner.

 budak berbaju kurung yang senyum simpul ni 'kakak' aku.
hehe.bukan kakak betul pun.Panggilan manje ika sayang.^_^
Inilah ketiga-tiga 'Payung' terpenting dalam hidup aku.MyEm0.Com
'Payung' yang banyak meneduhkan aku tatkala musim ribut melanda,
yang mengeringkan aku tatkala hujan lebat membadai jiwa,
yang menyelamatkan aku daripada lemas dek banjir air yang turun dari mata.
'Payung-Payung'yang amat bermakna dalam hidup seorang gadis 'hujan' macam aku ni.
Tanpa 'payung-payung' ni semua aku mugkin masih lagi dalam lompok air hujan,
MyEm0.Com
masih lagi lemas dalam lautan titisan hujan yang xpasti bila akan reda.
ya! 'payung-payung yang amat bakal meninggalkan kenangan baik yang akan 
mengusik jiwa antara kiter semua.
'Payung' ketiga?
ermmmm...aku tak pasti siapa.MyEm0.ComKalau ada pun biarlah cuma aku dan Dia sahaja yang tahu.
Mungkin 'Payung' ketiga yang hilang itu bakal menjelma jua?
siapa sangka kan?
'Payung' ketiga yang hilang,entah kemana.
Orang kata patah tumbuh hilang berganti...
tapi manakan sama dengan yang pergi kn?
Aku cuma doakan kesejahteraan dia.
Moga dia dapat melindungi 'tuan' barunya kelak.
Tanpa ada sebarang masalah.
InsyaAllah!Aminnnn...MyEm0.Com




Cerita Hujan Yang Tak Pernah Siap

Walaupun musim panas tiba, aku masih suka mencari titisan hujan.
Sambil memegang 'Payung Blossom'. Aku berlari ke tengah padang,
menunggu hujan turun. Tapi sayang, yang turun cuma air mata,
kerana 'Payung Blossom' aku hilang entah kemana.
Aku berlari ke tengah padang lagi.Hujan air mata yang turun.
Aku kesat perlahan.Dari jauh aku nampak.
'Payung'aku dah diambil orang.
Seorang gadis yang cantik menari-nari diterbangkan si 'Payung Blossom'.
Aku pandang dia.
Mulut bergetar minta semula.
Gadis cantik berbaju merah itu menggeleng deras.
Sambil menyarung kasut putih,dia berlari mengibar-ngibarkan
'Payung Blossom' ke langit mendung.
Muka senyum kerana hatinya gembira.
Dihati aku lebat hujan turun.'Payung' hilang lagi.
Entah kali keberapa.
Aqu kesat titisan dalam hati.Cuba mengukir pelangi.
Aku tersenyum memandang langit.
'Payung' itu!
Pasti akan merindui tuannya suatu hari nanti.
Sukar tapi pasti!