Monday, November 29, 2010

Rindu Payung Hujan Yang Turun

Turunlah hujan,turunlah kamu.Jangan turun perlahan kerana aku 
memang sedang kekeringan sekarang.
Turunlah hujan,turunlah lagi.Basahkan lah aku yang memang sedang kehausan.
Turunlah sayang,turunlah mengalir lagi.
Cuba melompat dengan lebih tinggi wahai kaki.
Cuba kau capai payung nan satu yang ditiup angin.
Payung kelam,jauh daripada pandangan.
Mata susah nak pejam,dititiskan si air hujan.
Di sebuah padang yang gersang,aku mencari kembali sepatu hitam yang hilang.
Jatuh dalam lecah air,kemudian ghaib terus dan tak kelihatan.
Bersama payung tersayang,yang aku bawa kemana sahaja aku pergi.
Bersama-sama sepatu hitam buruk dan sang payung.
Mereka tinggalkan aku.
Dalam kesamaram petang yang suram,aku mengesat titis air hujan yang mengalir di pipi.
Cuba melangkah sedaya yang aku mampu.
Cuba tersenyum tatkala memandang si rumput mengejek,
Sang langit mencebik,
Dan awan yang sedang ketawa mengekek!
Hilang sudah diriku yang dulu.
Yang masih belum mampu mengesat titisan hujan,
Yang masih belum mampu redahi lebat hujan,
Yang masih belum mampu membasahkan diri dengan kenyataan!
Hilang!
 

No comments: