Thursday, December 30, 2010

Buah Gembira Dicuri Orang

Nak panjat. Tapi pokok tinggi sangat .
Ambik batang pokok,patah dua .
Lagi xdapat capai buah gembira nun jauh disana .
Cuba jinjingkan ibu jari kaki .
Patah sudah jari kaki .
Lagilah xdapat nk pegang buah gembira .
Pakai kasut tumit tinggi .
Baru nak capai buah gembira .
Jatuh terpelosok ke tanah .
Apalah lah malang diri .
Buah gembira cuma untuk dipandang .
bukan untuk dipegang dan dimakan .
Cuba panggil burung tinggi di awan .
supaya tolong gapaikan buah gembira sebab dah kempunan .
Burung lari selamatkan diri .
Helang datang cekar tulang .
menangislah diri .
 merontalah hati .
Kepingan makan buah gembira .
Jauh dari sana .
seseorang memetik buah gembira yang cuma ada satu didunia dengan senangnya.
makn buah gembira dengan lahapnyaseraya berkata .
"Aku tak mahu bersedih macam dia .
Buah gembira sudah didepan mata .
Tapi biarkan diambil orang macam tu aje .
Sumpahkan aku dengan perasaan gembira selama-lamanya ."
Hati mengeluh .
Jiwa makin berpeluh .
hiduplah aku dengan perasaan sedih sampai bila-bila .

Wednesday, December 29, 2010

Gelora Jiwa

Cinta apakah tandanya
Jika engkau hanya mempermudah kata saja
Hati tak akan berguna
Jika sang asmara tidak merasa ke dalam jiwa
Rindu itulah tandanya
Aku kasihmu aduhai asmara
Cinta oh cinta yang ternyata
Hanya dapat ku sematkan
Di dalam dadaku yang remaja

Gelora di dalam jiwaku
Bergetar merayukan sukma
Menyanyi lagu cinta hati
Tandaku nan membalas cintamu
Yang tidak mudah hilang dari kenanganku
Yang tidak mudah hilang dari kenanganku
Rindu itulah tandanya
Aku kasihmu aduhai asmara
Cinta oh cinta yang ternyata
Hanya dapat ku sematkan
Di dalam dadaku yang remaja

Jadi Perempuan Hujan Sepenuhnya

Selamat tinggal!
Orang yang selalu buat saya mengairkan air mata hujan .
Awak akan saya simpan dalam dendam.
Awak buat saya menangis.
Perkara yang tak pernah saya buat pada awak .
Awak lupakan saya .
Perkara yang tak pernah saya buat pada awak .
Awak buat saya sedih .
Perkara yang saya tak pernah buat pada awak .
Saya mahu mengalah .
Siapalah diri saya ini disisi awak wahai Putera Payung .
Saya cuma gadis Hujan sepintas lalu dalam kehidupan awak .
Aada atau tiada saya tiada bezanya .
Awak , selamat tinggal .
Kenangan kita . Saya dah simpan kemas dalam lubuk bumi .
Kenangan yang bisa menggoreskan jiwa saya .
Awak yang jauh dimata .
Awak yang akan saya kenang sampai bila-bila .
Saya doakn awak bahagia .
Dengan sesiapa sahaja yang dapat menawan hati awak .
Biarpun terasa amat payah untuk melepaskan awak .
Orang yang dah sebati dalam hidup saya .
Saya akan cuba awak .
Walaupun saya tahu lepas ini saya akan lebih kerap menangisi semua ini .
Saya mahu buktikan pada awak .
Yang saya bukanlah gadis lemah yang awak sangkakan .
Kehadiran awak dala hidup saya banyak mengajar saya erti kesakitan .
Saya dah berapa kali terjatuh tatkala berpimpingan tangan  dengan awak .
Saya masih jatuh biarpun awak dah peluk saya erat-erat .
Awak yang tinggal kenangan akhirnya .
apalah daya saya untuk menahan semua ini .
Hati saya sangat sakit dengan apa yang terjadi .
Kesakitan yang awak tinggalkan .
Akan meninggalkan parut luka yang mendalam .
Dan meninggalkan kesan yang tak kan dapat dilupakan .
Awak .
Kasih sayang saya pada awak makin hari jadi makin pudar .
Tahu tak kenapa?
sebab awak yang memudarkan segalanya .
Awak .
Saya pergi dulu .
Harap kita tak akan berjumpa lagi lepas ini .
saya dah tak mahu merasakan kesakitan itu untuk kali kedua .
jangan cari saya lagi .
anggaplah kita tidak pernah berjumpa dan saling mengenali .
Salam terakhir daripada saya yang jauh dimata .
Assalamualaikum!


Sunday, December 26, 2010

Mereka Semua Yang Terseksa

Hati : Entahlah Hujan! Engkau sengaja mendera aku .Apalah salah aku .
            Mata yang jatuh cinta tapi aku yang terseksa.
Mata : Kenapa pula aku yang dipersalahkan ? Kau tahu hati aku turut menderita sama .
              Aku menangis mengeluarkan air jernih yang tak berguna . Salahkan perasaan .
             Dia yang buat aku sedih .
Perasaan : Rasa yang mengalir dalam dada yang membuatkan  kau sedih wahai mata .
                      Salah jiwa kerana dia yang mengetarkkan segalanya .
Jiwa : Apa pula salah aku ? Tangan yang menulis tentang dia sebab itu aku merasa apa 
            yang Hujan rasa .
Tangan : Bukan salah aku .Salahkan ingatan kerana sentiasa memikirkan tentang
                    perasaan .
Ingatan : Aku pun tak bersalah . Yang salah kaki .Kalau kaki tak pergi cari dia .
                   Tidak mahunya aku mengingatinya .
Kaki : Mana ada! Semuanya salah . Dan aku pun tak bersalah .Diri hujan yang 
             menginginkan kesedihan .Kita semua menjadi mangsa kesedihan dia .Percayalah!
Hujan : Aku? Ya ! Memang betul aku yang bersalah . Salah aku kerana terlalu 
               mahukan dirinya yang jauh dimata . Maffkan aku , hati,mata,perasaan,jiwa,
               tangan,ingatan,dan kaki kerana menyeksa kalian semua . Hiduplah kalian 
               dengan baik2 tanpa mengaitkan diri kalian dengan dia lagi .Baik2 saja .

Hidup Dalam Kenangan Payung Dan Hujan

Nama saya : Nur Nin a.k.a Payung Dan Hujan .
Tempat berkabung : Bawah payung yang ada rintik2 hujan yang turun dari awan .
Teman hidup saya : Sekaki payung dan rintik hujan yang jatuh ke muka .
Saya suka buat : Pandang rintik hujan bawah payung yang jarang .
                                 Berteduh bawah payung tak kira musim apa pun.
Kegemaran : Cerita tentang kesedihan , tentang hati yang terluka , tentang payung yang
                           diterbangkan angin petang , hujan yang lebat turun tatkala hati sedang
                            merundung , tentang bau jenis angin bayu yang kuat brehembus .
                            Tentang burung yang bebas terbang dan tak mahu pulang .
Tentang tangisan :Saya menangis kerana saya rasa sangat senak dalam dada.
                                      Senak mencucuk dijiwa.Hidup bertemankan derita. Kerana itulah
                                      saya mengalirkan airmata.
                                    :Tangisan pada saya sangat pedih.Tatkala jernih air turun. 
                                      Hati saya turut sama merasakan kesakitannya.
 Sendu dalam hati :Saya tetap akan bersendu walaupun saya tak mengalirkan air mata.
                                      Senduan kesakitan akibat kenangan silam.
Trauma dalam hidup saya :
                                     ~Saya trauma dengan yang buat saya ketawa dan menangis dalam 
                                        satu masa sahaja .
                                     ~Saya trauma dengan orang yang buat saya sakit dan senak dada
                                        sepanjang masa .
                                     ~Saya trauma dengan orang yang buat saya jatuh cinta dan tinggalkan
                                        saya macam tu aje .
                                     ~Saya trauma dengan ornag yang hanya tahu berpura2 dengan saya 
                                        sahaja .
Saya sangat suka pada : 
~Bunyi rintikan hujan yang jatuh dari awanterkena pada payung yang saya pegang 
   ditangan .
~Lagu sayu yang menyentap jiwa menyesakkan dada saya .
~Bunyi biola yang mengingatkan saya pada kenangan lama .
~Senyuman seseornag yang buatkan hidup saya jadi tak keruan .
~Cermin mata dia yang membuatkan saya mengalirkan air mata hiba .
~Rasa manis yang saya simpan dalam kenangan silam .

Perkara yang buat saya sedih sepanjang masa :
~Hidup bergantung rasa pada dia yang tak cinta saya .
~Saya akan menangis bila terkenangkan perkara lama.
~Dia berkata yang dia tak suka saya .
~Perasaan yang jauh walaupun jarak diantara saya dengan dia dekat sahaja .
~Rasa sedih yang mencucuk jiwa bila nampak bayangannya depan mata .
~Beli payung yang mahal tetapi payung hilang ditelan zaman .
~Jatuh dalam lopak yang dalam dan tak ada yang sudi menghulurkan tangan .
~Rintik hujan yang jatuh kepipi terus lekat dihati .
~Penghinaan yang meninggalkan parut kesakitan .
~Sumpah sayang yang tak dikotakan .
~Sedih bila sepasang tangan memegang tapi akhirnya sekelip mata melepaskan tangan .










Sunday, December 5, 2010

Hidup Di Tempat Yang Baru

Banyak yang aku belajar ditempat yang baru.Hidup dengan segala jenis perasaan disana.
Kawan-kawan yang memahami,ada kawan yang tak habis2 mendengki,
ada plak yang jeis ambik hati.
macam2 jenis aku jumpa ragam manusia kat sana.
Berboskan lelaki yang gatal lagi miang.
suka raba-raba staf perempuan.(kecuali aku) 
try laa raba law nk kena pelenkung free aku.aku saman la si tua miang keladi tu
yang staf lelaki plak,macam2 pesen ade.yang berlagak macho,yang alim macam ustaz pun ada.
yang jadi guard tapi berlagak macam bos pun ader.
yang jenis suka pandang2 aku pun ader.
hishhh..xpaham aku! tpi tu lah bess hidup ditempat baru,macam2 aku belajar disini.
disini,banyak harapan yang terpaksa aku tolak jauh2.
masih terlalu awal untuk aku terima harapan2 yang agak menyesakkan jiwa aku tu.
sungguh! aku masih mahu belajar,jangan membebankan aku dengan hal yang berat itu!
duduk jaga kerja,macam2 orang yang aku jumpa.
baru berapa hari kerja,dah ade tokey hensem lamar aku kerja!
wahh,bertuahnya badan.
hari pertama ditempat baru..
macam2 yang aku belajar dan lihat depan mata,
seorang bapa sanggup berhabis membeli 3pasang kasut
untuk ketiga2 anaknya yang masih kecil.
dalam mata dia,aku nampak ader getar yang melanda.
bertapa dia mahu melihat kesemua anak2 nya kesekolah dengan kelengkapan baru.
sebak dada aku.
sampai begitu sekali pengorbanan seorang bapa untuk melihat anak2nya berjaya.
hari kedua.not bad~
tapi penat memang xleh nak cakap la.memang macam nak mapus dah rasa.
kaki kejang xboleh nak jalan.aku terpelosok di penjuru rak,urut betis.
datang bos miang,jerkah aku daro belakang.kata aku curi tulang!
kuang ajar lu orang tua gatal.
aku blah.datang sorang customer lelaki.Gemuk.tapi xgemuk sangat.
aku nampak dia curi2 andang aku dari rak baju.aku buat muka blur jer laa.
dia datang pada aku lepas tu.lalu dia kata.
" nak nombor telefon,please! "
bapak laa bangan punya lelaki.buat malu aku jer depan staf2 yang lain.nasib baik ko customer aku
law x memang ko dapat penampar free laa jawabnya.
hari ketiga.hari yang sangat teruk.
hujan turun dengan lebat gila.aku sampai tempat kerja dalam kedaaan basah kuyup~
habis! habis basah.
lepas 2 hari yang lain,aku bertamabah maju.
dah berani tegur staf2 dan customer.dah tak malu.hee
kerja penat pun tapi berbaloi laa..disini,
banyak sangat pengajaran dan banyak yang telah aku belajar tentang kehidupan.
tanpa tempat yang baru ini,aku mungkin masih seorang gadis seperti hari2 yang lalu.
sekarang aku dah sedar,aku perlu belajar bagaimana nak jadi lebih 
matang tanpa mengingatkan kenangan silam!
terima kasih tempat baru
kerana sudi terima aku dan hadiahkan aku sebuah lagi kenangan yang bakal aku lipat dalam sejarah kenangan!


Tuesday, November 30, 2010

Pangeran Hujan



Oiii Pangeran Hujan! Awak ingat saya ni terhegeh-hegeh tunggu
awak ker? Banyak lagi kerja saya nak buat daripada layan
putera raja yang tak sedar diri macam awak! opppss! silap!
saya yang tak sedar diri sebab dulu selalu terhegeh-hegeh mintak
sedekah dengan awak kan? huishh! saya menyesal buat benda 
bodoh tu dulu.Otak sempit,fikiran singkat,Sebab tu jadi lagetu!
Aishhh! memang bapak laa punya menyesal nak habaq mai nih!
Kalau saya tahu jadi lagetu  memang sohih2 laa saya tak pi
mintak sedekah kat pengeran yang kacak jelita,hensem rupawan!
cisss! memang pantang keturunan saya buat muka tebal legetu!
tapi disebabkan keadaan sedang darurat! memang terpaksa lah
saya pi kat pangeran yang memang suka sengih memanjang nih!
Hehh pangeran putera raja yang xdak nama!Saya nak habaq mai
kat dema ni,Saya sikit pun tak teringin nak pi minang pangeran!
Xdak selera saya nak makan nasi bila pikiaq hal legetu!
saya nak nak habaq sikit kat pangeran! saya ni kan,xterdesak sangat
ehh nak kat pangeran yang tampan manis-manis kucing gitu.
saya tahu diri saya xpadan dengan pangeran. ibarat kata orang-
orang dulu,macam budu dengan sos cili.ishhh. mintak selisih laa
untuk pengetahun pangeran bujang terlanjak xdapat diundur,
sememangnya saya ni dah nak jadi bini orang,biarlah
bakal laki saya tu orang susah pun,Tapi saya nak habaq mai cikit.
bagi saya dialah pangerang hujan dan jantung hati  saya.
dan budi bahasanya jauh lebih kaya dari harta-harta awak tu
pangeran yang xsedar diri! perangainya yang sopan lagi santun
2 lagi kacak dan hensem dari rupa hang tu wahai si pangeran!
n 4 ur infrmation~ "aq bukan gadis yang lemah yang macam kau sangka!"

Monday, November 29, 2010

Rindu Payung Hujan Yang Turun

Turunlah hujan,turunlah kamu.Jangan turun perlahan kerana aku 
memang sedang kekeringan sekarang.
Turunlah hujan,turunlah lagi.Basahkan lah aku yang memang sedang kehausan.
Turunlah sayang,turunlah mengalir lagi.
Cuba melompat dengan lebih tinggi wahai kaki.
Cuba kau capai payung nan satu yang ditiup angin.
Payung kelam,jauh daripada pandangan.
Mata susah nak pejam,dititiskan si air hujan.
Di sebuah padang yang gersang,aku mencari kembali sepatu hitam yang hilang.
Jatuh dalam lecah air,kemudian ghaib terus dan tak kelihatan.
Bersama payung tersayang,yang aku bawa kemana sahaja aku pergi.
Bersama-sama sepatu hitam buruk dan sang payung.
Mereka tinggalkan aku.
Dalam kesamaram petang yang suram,aku mengesat titis air hujan yang mengalir di pipi.
Cuba melangkah sedaya yang aku mampu.
Cuba tersenyum tatkala memandang si rumput mengejek,
Sang langit mencebik,
Dan awan yang sedang ketawa mengekek!
Hilang sudah diriku yang dulu.
Yang masih belum mampu mengesat titisan hujan,
Yang masih belum mampu redahi lebat hujan,
Yang masih belum mampu membasahkan diri dengan kenyataan!
Hilang!
 

Cerita tentang Along dan Angah

Aku dilahirkan tanpa seorang abang tempat untuk mengadu,bertekak,bergaduh dan bla bla bla..
Hidup sendirian tanpa 'tangan' gagah yg bisa melindungi aku mugkin agak sukar.Ya! terlalu sukar!
Sedangkan sekarang mengharapkan 'tangan' yang hampir rapuh.Alhamdulilah..
Tuhan itu maha mengerti lagi maha memahami.Disaat diri aku terkontang-kanting hidup tanpa arah 
untuk melangkah.Aku dikurniakan 'tangan' hebat lagi gagah yang aku agak mungkin sampai bila-bila
tak akan siapa dapat menggantikan 'tangan-tangan' itu.
Aku diberikan hadiah,bukan satu,tapi dua!
Dua orang abang! Yang aku gelarkan.
Along dan Angah!
Bermulanya cerita antara aku adik beradik xsiapa dapat menduga.
Dari Allah jadikan jalan pertemuan yang maha hebat.
Aku akhirnya bergelar adik kepada dua orang abang!
Hidup berpayungkan mereka.Hidup berdindingkan semangat mereka.
Hidup berteduhkan kata-kata nasihat dari mereka.
ya! Memang Allah tak salah memlilih 'tangan' untuk aku.
Along dan Angah selalu saja bisa menghulurkan tangan disaat adik mereka jatuh
dalam lopak air.Rebah dalam lumpur yang dalam.
Dan lemas dalam lautan yang kering airnya.
alhamdulilah.Sampai kehari ini,
Aku,Along dan Angah masih lagi bersama.
Masih ingat pesan along satu ketika dahulu,
Dalam asyik berlari-lari di tanah yang gersang.Aku jatuh dalm lopak yang dalam.
disaat aku tersungkur dalam lecek air dipadang,
dia menghulurkan 'tangan' kanan..seraya berkata.
'' adik abang bukannya lemah kan? ''
 ( 11.00pm 31 september 2010 )
dalam kepayahan aku tersenyum!. ya! adik abang semestinya bukan gadis yang lemah.
Yang hanya tahu merengek tatkala susah,
Yang hanya tahu mengatur itu dan ini.
bukan! adik along bukannya lemah! tepat sekali! bukan lemah!!
Sedang aku  berjalan-jalan dengan memakai sepatu hitam,
berbaju biru dan tersenyum manis.
Aku sekali lagi jatuh.Kali ini sebab aku xgunakan mata aku dengan betul.
Jalan yang sopek,aku lalui jua.
lutut pedih,Dalam hati kuat terhiris.
Aku menangis,tak daya menahan pedihnya kesakitkan ini.
Aku lihat lutut aku,ada cairan likat berwarna merah segar bahagia menumpang disitu.
Aku cuba sentuh! ya! terlalu sakit.Cairan likat itu bagaikan suka pada luka aku.
Aku cuba sembunyikan luka disebalik kain putih yang aku pakai.
Namun tidak berjaya.Merah merebak hingga meresap ke kain yang tak bersalah itu.
Aku biarkan sahaja.Aku cuba untuk bangun.Tapi tak berdaya.
Kaki dah tak daya berjalan lagi.Hati sakit pedih terhiris.
Sedang berusaha untuk bangun,ada 'tangan' yang ingin membantu.
aku cuba menepis.Tapi 'tangan' itu massih lagi degil.
Dia tetap meghulurkan pada aku tanda pertolongan.
Aku pandang 'tangan' itu.Dan aku pandang tuan empunya 'tangan' itu.
Angah!
Angah datang membantu adiknya?
sambil menyambut 'tangan' nya aku dengar dia bersuara lembut.
namun amat jelas dipendengaran telingaku.
" Nin senyum kerana puas hati,
Nin suka apabila disayangi,
Nin gelak apabila ia lucu,
Nin ketawa kerana adakalanya kita fikir diri kita pernah melakukan 
perkara bodoh! Diri kita dalam lingkungan yang sama Nin!
Cuma beza dari segi ejaan! "
( 7 ogos 2010 )
Angah tersenyum.Aku terpana.
Sungguh tak percaya! Aku dikurniakan dua orang abang yang menyayangi diriku.
Hidup menjadi seorang adik memang menguntungkan!
disayangi xkira aku berada dalam pelbagai musim pun!
ya! Siapa sangka,mereka mugkin 'payung' ketiga aku yang aku sangka dah hilang itu?
siapa tahu kan?
Sekarang,dengan berbekalkan semangat Along dan Angah.
Aku semakin kuat,walaupun kadang-kadang aku selalu terjatuh dan rebah dalam 
gaung yang maha tajam,Aku masih bisa hidup dengan berbekalkan
kata-kata nasihat dan dorongan Along dan Angah.
Biarpun luka dan parut masih ada di batang tubuhku,
Aku masih bisa tersenyum,
Masih mampu bergelak ketawa,Dan masih mampu mengukir sejuta air mata kebahagian.
Tanpa meraka,Tiadalah aku yang kuat sekarang!
Payung dan hujan?
Ya...semuannya bermula dari Along dan Angah sendiri!
Terima kasih abang-abangku.
Adik sayang abang semua!

Sunday, November 28, 2010

Si 'Payung Hati' Aku

Tak kira apa yang pernah berlaku dalam hidup aku,sama ada musim panas ataupun musim hujan.Aku masih ada 'Payung-Payung' yang sudi melindungi aku!MyEm0.Com Ya! 'Payung' yang sudi memayungi aku tak kira tsunami melanda sekalipun'Mereka-mereka' sentiasa bersama dengan aku walaupun hujan MyEm0.Com
ribut panas petir melanda aku sekalipun.
MyEm0.Com'Payung" terpenting dalam hidup aku.
'Payung' ini.'Payung dimana pelbagai musim.
Dia tetap ada walaupun pelbagai musim yang melanda.
Hidup tanpa 'Payung' yang satu ini memungkinkan aku basah kuyup,
kerana hujan yang turun tak pernah mahu berhenti menitis.
Tanpa 'Payung' yang satu ini, aku mungkin masih belum
mampu berani memijak lecah air hujan yang ada di padang.

'Payung' kedua terpenting dalam hidup aku.MyEm0.Com

Cik Puteri Farah Ismanabilla
maaf yew fara!MyEm0.Com terpaksa menyemakkan pic awk lam blog ni~



MyEm0.Combudak comel ni plak name glamor dier si jiey owner.

 budak berbaju kurung yang senyum simpul ni 'kakak' aku.
hehe.bukan kakak betul pun.Panggilan manje ika sayang.^_^
Inilah ketiga-tiga 'Payung' terpenting dalam hidup aku.MyEm0.Com
'Payung' yang banyak meneduhkan aku tatkala musim ribut melanda,
yang mengeringkan aku tatkala hujan lebat membadai jiwa,
yang menyelamatkan aku daripada lemas dek banjir air yang turun dari mata.
'Payung-Payung'yang amat bermakna dalam hidup seorang gadis 'hujan' macam aku ni.
Tanpa 'payung-payung' ni semua aku mugkin masih lagi dalam lompok air hujan,
MyEm0.Com
masih lagi lemas dalam lautan titisan hujan yang xpasti bila akan reda.
ya! 'payung-payung yang amat bakal meninggalkan kenangan baik yang akan 
mengusik jiwa antara kiter semua.
'Payung' ketiga?
ermmmm...aku tak pasti siapa.MyEm0.ComKalau ada pun biarlah cuma aku dan Dia sahaja yang tahu.
Mungkin 'Payung' ketiga yang hilang itu bakal menjelma jua?
siapa sangka kan?
'Payung' ketiga yang hilang,entah kemana.
Orang kata patah tumbuh hilang berganti...
tapi manakan sama dengan yang pergi kn?
Aku cuma doakan kesejahteraan dia.
Moga dia dapat melindungi 'tuan' barunya kelak.
Tanpa ada sebarang masalah.
InsyaAllah!Aminnnn...MyEm0.Com




Cerita Hujan Yang Tak Pernah Siap

Walaupun musim panas tiba, aku masih suka mencari titisan hujan.
Sambil memegang 'Payung Blossom'. Aku berlari ke tengah padang,
menunggu hujan turun. Tapi sayang, yang turun cuma air mata,
kerana 'Payung Blossom' aku hilang entah kemana.
Aku berlari ke tengah padang lagi.Hujan air mata yang turun.
Aku kesat perlahan.Dari jauh aku nampak.
'Payung'aku dah diambil orang.
Seorang gadis yang cantik menari-nari diterbangkan si 'Payung Blossom'.
Aku pandang dia.
Mulut bergetar minta semula.
Gadis cantik berbaju merah itu menggeleng deras.
Sambil menyarung kasut putih,dia berlari mengibar-ngibarkan
'Payung Blossom' ke langit mendung.
Muka senyum kerana hatinya gembira.
Dihati aku lebat hujan turun.'Payung' hilang lagi.
Entah kali keberapa.
Aqu kesat titisan dalam hati.Cuba mengukir pelangi.
Aku tersenyum memandang langit.
'Payung' itu!
Pasti akan merindui tuannya suatu hari nanti.
Sukar tapi pasti!