Monday, November 29, 2010

Cerita tentang Along dan Angah

Aku dilahirkan tanpa seorang abang tempat untuk mengadu,bertekak,bergaduh dan bla bla bla..
Hidup sendirian tanpa 'tangan' gagah yg bisa melindungi aku mugkin agak sukar.Ya! terlalu sukar!
Sedangkan sekarang mengharapkan 'tangan' yang hampir rapuh.Alhamdulilah..
Tuhan itu maha mengerti lagi maha memahami.Disaat diri aku terkontang-kanting hidup tanpa arah 
untuk melangkah.Aku dikurniakan 'tangan' hebat lagi gagah yang aku agak mungkin sampai bila-bila
tak akan siapa dapat menggantikan 'tangan-tangan' itu.
Aku diberikan hadiah,bukan satu,tapi dua!
Dua orang abang! Yang aku gelarkan.
Along dan Angah!
Bermulanya cerita antara aku adik beradik xsiapa dapat menduga.
Dari Allah jadikan jalan pertemuan yang maha hebat.
Aku akhirnya bergelar adik kepada dua orang abang!
Hidup berpayungkan mereka.Hidup berdindingkan semangat mereka.
Hidup berteduhkan kata-kata nasihat dari mereka.
ya! Memang Allah tak salah memlilih 'tangan' untuk aku.
Along dan Angah selalu saja bisa menghulurkan tangan disaat adik mereka jatuh
dalam lopak air.Rebah dalam lumpur yang dalam.
Dan lemas dalam lautan yang kering airnya.
alhamdulilah.Sampai kehari ini,
Aku,Along dan Angah masih lagi bersama.
Masih ingat pesan along satu ketika dahulu,
Dalam asyik berlari-lari di tanah yang gersang.Aku jatuh dalm lopak yang dalam.
disaat aku tersungkur dalam lecek air dipadang,
dia menghulurkan 'tangan' kanan..seraya berkata.
'' adik abang bukannya lemah kan? ''
 ( 11.00pm 31 september 2010 )
dalam kepayahan aku tersenyum!. ya! adik abang semestinya bukan gadis yang lemah.
Yang hanya tahu merengek tatkala susah,
Yang hanya tahu mengatur itu dan ini.
bukan! adik along bukannya lemah! tepat sekali! bukan lemah!!
Sedang aku  berjalan-jalan dengan memakai sepatu hitam,
berbaju biru dan tersenyum manis.
Aku sekali lagi jatuh.Kali ini sebab aku xgunakan mata aku dengan betul.
Jalan yang sopek,aku lalui jua.
lutut pedih,Dalam hati kuat terhiris.
Aku menangis,tak daya menahan pedihnya kesakitkan ini.
Aku lihat lutut aku,ada cairan likat berwarna merah segar bahagia menumpang disitu.
Aku cuba sentuh! ya! terlalu sakit.Cairan likat itu bagaikan suka pada luka aku.
Aku cuba sembunyikan luka disebalik kain putih yang aku pakai.
Namun tidak berjaya.Merah merebak hingga meresap ke kain yang tak bersalah itu.
Aku biarkan sahaja.Aku cuba untuk bangun.Tapi tak berdaya.
Kaki dah tak daya berjalan lagi.Hati sakit pedih terhiris.
Sedang berusaha untuk bangun,ada 'tangan' yang ingin membantu.
aku cuba menepis.Tapi 'tangan' itu massih lagi degil.
Dia tetap meghulurkan pada aku tanda pertolongan.
Aku pandang 'tangan' itu.Dan aku pandang tuan empunya 'tangan' itu.
Angah!
Angah datang membantu adiknya?
sambil menyambut 'tangan' nya aku dengar dia bersuara lembut.
namun amat jelas dipendengaran telingaku.
" Nin senyum kerana puas hati,
Nin suka apabila disayangi,
Nin gelak apabila ia lucu,
Nin ketawa kerana adakalanya kita fikir diri kita pernah melakukan 
perkara bodoh! Diri kita dalam lingkungan yang sama Nin!
Cuma beza dari segi ejaan! "
( 7 ogos 2010 )
Angah tersenyum.Aku terpana.
Sungguh tak percaya! Aku dikurniakan dua orang abang yang menyayangi diriku.
Hidup menjadi seorang adik memang menguntungkan!
disayangi xkira aku berada dalam pelbagai musim pun!
ya! Siapa sangka,mereka mugkin 'payung' ketiga aku yang aku sangka dah hilang itu?
siapa tahu kan?
Sekarang,dengan berbekalkan semangat Along dan Angah.
Aku semakin kuat,walaupun kadang-kadang aku selalu terjatuh dan rebah dalam 
gaung yang maha tajam,Aku masih bisa hidup dengan berbekalkan
kata-kata nasihat dan dorongan Along dan Angah.
Biarpun luka dan parut masih ada di batang tubuhku,
Aku masih bisa tersenyum,
Masih mampu bergelak ketawa,Dan masih mampu mengukir sejuta air mata kebahagian.
Tanpa meraka,Tiadalah aku yang kuat sekarang!
Payung dan hujan?
Ya...semuannya bermula dari Along dan Angah sendiri!
Terima kasih abang-abangku.
Adik sayang abang semua!

No comments: