Sunday, November 28, 2010

Cerita Hujan Yang Tak Pernah Siap

Walaupun musim panas tiba, aku masih suka mencari titisan hujan.
Sambil memegang 'Payung Blossom'. Aku berlari ke tengah padang,
menunggu hujan turun. Tapi sayang, yang turun cuma air mata,
kerana 'Payung Blossom' aku hilang entah kemana.
Aku berlari ke tengah padang lagi.Hujan air mata yang turun.
Aku kesat perlahan.Dari jauh aku nampak.
'Payung'aku dah diambil orang.
Seorang gadis yang cantik menari-nari diterbangkan si 'Payung Blossom'.
Aku pandang dia.
Mulut bergetar minta semula.
Gadis cantik berbaju merah itu menggeleng deras.
Sambil menyarung kasut putih,dia berlari mengibar-ngibarkan
'Payung Blossom' ke langit mendung.
Muka senyum kerana hatinya gembira.
Dihati aku lebat hujan turun.'Payung' hilang lagi.
Entah kali keberapa.
Aqu kesat titisan dalam hati.Cuba mengukir pelangi.
Aku tersenyum memandang langit.
'Payung' itu!
Pasti akan merindui tuannya suatu hari nanti.
Sukar tapi pasti!

No comments: