Thursday, December 30, 2010

Buah Gembira Dicuri Orang

Nak panjat. Tapi pokok tinggi sangat .
Ambik batang pokok,patah dua .
Lagi xdapat capai buah gembira nun jauh disana .
Cuba jinjingkan ibu jari kaki .
Patah sudah jari kaki .
Lagilah xdapat nk pegang buah gembira .
Pakai kasut tumit tinggi .
Baru nak capai buah gembira .
Jatuh terpelosok ke tanah .
Apalah lah malang diri .
Buah gembira cuma untuk dipandang .
bukan untuk dipegang dan dimakan .
Cuba panggil burung tinggi di awan .
supaya tolong gapaikan buah gembira sebab dah kempunan .
Burung lari selamatkan diri .
Helang datang cekar tulang .
menangislah diri .
 merontalah hati .
Kepingan makan buah gembira .
Jauh dari sana .
seseorang memetik buah gembira yang cuma ada satu didunia dengan senangnya.
makn buah gembira dengan lahapnyaseraya berkata .
"Aku tak mahu bersedih macam dia .
Buah gembira sudah didepan mata .
Tapi biarkan diambil orang macam tu aje .
Sumpahkan aku dengan perasaan gembira selama-lamanya ."
Hati mengeluh .
Jiwa makin berpeluh .
hiduplah aku dengan perasaan sedih sampai bila-bila .

No comments: